Sunday, November 30, 2008

Perpaduan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Negara Malaysia merupakan negara yang unik berbanding negara-negara yang lain. Malaysia mempunyai pelbagai kaum, dan ia harus dijaga dengan baik. Memang pada pandangan saya perpaduan di Malaysia kini semakin merbahaya bermula dari soal politik hinggalah soal agama. Saya merupakan pelajar USM, dan pernah praktikal di Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang (JBSNPP) , ternyata soal perpaduan harus ditekankan. Saya menghargai segala curahan fizikal, mental dan emosi para pegawai JBSNPP yang begitu betungkus lumus dalam mengadakan program dan mencari jalan dalam menangani permasalahan ini dalam melihat generasi belia bersatu tanpa melihat kepada bangsa yang dipegang pada diri masing-masing. (Terima Kasih JBSNPP). Sepanjang saya berada di Pulau Pinang, sememangnya perpaduan kaum semakin rengang. Ini terbukti pada satu hari saya berada berhampiran pemandu-pemandu teksi pelbagai kaum. Terpegun saya apabila seorang pemandu Melayu pandai dan fasih bercakap dalam bahasa cina dengan kawannya seorangkaum cina. Namun kini, ada segelintir belia yang tidak pandai bercakap dalam pelbagai bahasa. Kenapakah ini terjadi? Mungkin ini disebabkan belia kini tidak lagi bergaul dan berkawan dengan kaum yang lain. Disini saya ingin memberi beberapa cadangan dalam usaha merapatkan perpaduan di MALAYSIA: 1. Ahli politik haruslah turun padang dengan kerap kali menemui para belia mendengar apakah rintihan yang dihadapi oleh para belia. Ahli poltik berbangsa Melayu jangan senang hati menemui bangsa Melayu sahaja, dan begitu juga ahli politik kaum yang lain tidak hanya menemui golongan satu bangsa dengan mereka sahaja.2. Kakitangan Pegawai Belia di semua jabatan dan daerah perlulah dianggotai pelbagai kaum di sesebuah jabatan dan daerah. Ini merupakan salah satu latihan untuk pegawai belia agar dapat belajar untuk mengenali bangsa yang lain dan ini akan timbul perasaan kasih sayang dalam diri kakitangan belia yang memberi impak yang positif pada masa hadapan dalam soal perpaduan.3. Diperingkat sekolah, para guru perlulah menghantar pelajar-pelajar mereka yang pelbagai kaum dalam menyertai program yang pihak belia anjurkan. Guru sentiasa memberi penerangan tentang pentingnya menyertai program-program belia kepada semua kaum.4. Persatuan-persatuan belia peringkat kampung juga perbanyakan membuat lawatan ke persatuan kaum-kaum lain, seperti kelab Bell (bangsa India). Integrasi ini perlu di tingkatkan kerana ia akan memberi kesedaran pada belia-belia muda pada masa kini agar tidak timbul iri hati antara kaum.Assalamualaikum..............

1 comment:

ganukitedeh said...

Hai rakyak, memang pung malaysia ning bukang saje ade bebagai kaum bahkang bebagai bahase. Ning le kerajaang dok jage..untug keharmoniang, kemakmurang, keamangang dang keselamatang...tapi sayang gak, ade golongang dak mahu besyukurh...jadi samseng lak, setiap minggu wat demongstrasi jalanang...guane gamok?