Tuesday, January 20, 2009

rakyat oh rakyat

Salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang marah sesangat kat kerajaan yang memegang tanah air kita sekarang ini.

Aku tak tahu kenapa ramai yang tak suka dengan kerajaan sekarang ni. Aku bukan di sebelah kerajaan mahupun pembangkang. Aku cuma nak sedikit imput dari korang semua..kenapa tak suka sangat dengan kerajaan masa kini. Bagi aku kerajaan sekarang ni bagus...nak tahu sebab apa? sebab tengok negara kita sekarang ni macam mana kalau nak dibandingkan sebelum ni? dah berapa lama mereka pegang negara kita nie...lamakan...so dah nampak kan mereka melaksanakan tugas mereka. Mungkin ada segelintir dikalangan mereka yang membuatkan kita marah kepada mereka..

Itu semua aku tahu. Ramai yang tak suka dengan segelintir pemimpin kita sekarang ini..Tapi janganlah kita ikut sangat dengan pengaruh barat..Budaya kita kita harus amalkan. Janganlah kita buat rusuhan la gaduh la...macam-macam lagi la...Jatuh imej negara kita kat mata dunia tau...Dunia lagi suka kita bergaduh sesama sendiri...Satu dunia gelakkan bila negara kita menjadi huru hara..Dan aku rasa negara luar tunggu je nak jajah negara kita kalau keadaan kat negara kita ni hancur...Aku tak nak negara kita dijajah lagi...Cukuplah beratus tahun kena jajah.

So kengkawan semua...aku bukan nak apa..cuma aku nakkan imput korang semua kenapa korang tak suka sangat kat kerajaan nie dan bagilah jalan penyelesaian untuk kita bersama..

Thursday, January 15, 2009

Bacalah....

Semua alim ulama kena tumpu kepada pembangunan ummah, hindarkan diri dari berpolitik, maksud mencampuri urusan mempengaruhi masyarakat supaya menyokong si polan dan si polan (partai), menentang si polan dan si polan.

Jika alim ulama nak jadi jaguh politik atau sesiapa sahaja berminat nak jadi Ahli DUN, Parlimen atau Perdana Menteri sekalipun, masuklah mana-mana parti politik, buat kerja-kerja politik untuk kebaikan bukan memecahbelahkan perpaduan dan kerukunan hidup bermasyarakat.

Ingat Islam bukan sebuah partai siasah (Politik).

Apa dia politik? Menyatukan umat bukan?

Saya penganut nabi Muhammad, pengikut Al-lul Sunnah Wal-Jamaah dan semua sunnah yang telah diturunkan oleh Allah bernula dari Adam a.s hingga kepada Rasulullah akhir zaman.

Tugas saya ialah berdakwah, menyampaikan kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya aktivis sosial mewakili perlbagai pertubuhan.

Saya benci orang politik yang munafiq, tetapi merasa kasih dan sayang kepada mereka yang ikhlas berjuang kerana Allah.

Fissabilillah adalah pegangan saya. dan Pekembar adalah pertubuhan saya.

Saya menentang kejumudan minda, terutama minda dan sikap masyarakat Melayu yang walau sebenarnya hidup susah dan miskin, hina dan sentiasa tertekan, di tanah air sendiri, masih juga bangga diri dan egois. Mereka berebut-berebut untuk menjahanamkan sesama bangsa sendiri, berpolitik... Maksud disini ialah berebut jawatan,kedudukan dan kuasa.

Apa dia politik? Membangunkan ekonomi bukan?

Kita tidak MEMBANGUN EKONOMI dengan modal sendiri!

Kkerana kita semua adakah KULI?

Berapa ramai dikalangan pembaca mesej ini yang benar-benar berniaga? Menjadi usahawan? Memiliki Kilang dan Bank sendiri? Syarikat Insurans atau Takaful sendiri? Menjadi pemborong, peruncit, pembekal dan pengedar, pengeksport dan pengimport?

Di kalangan keluarga saudara/i siapakah imam? Berapa kali kita berjemaah di rumah? Jauh sekali dari berjemaah di Surau Masjid.

Nabi menggunakan masjid untuk semua urusan pentadbiran, muamalah dan urusan harian penduduk... kita gunakan masjid dan surau untuk mencaci dan menghina sesama bangsa se agama.

Kita nih, benar-benar ke pengikut Nabi Muhammad atau hanya pengikut Mazhab, Guru-Guru atau Hawa Nafsu semata-mata?
Kalau anda pengikut Mahzab dan pengikut guru-guru yang ramai itu, siapakah Guru Kamu? Bila kamu berbai'ah, bila pula kamu masuk Islam? Tolong buktikan! Kepada saya.

Ketahuilah, jangan menjadi keldai-keldai bodoh yang sedang ditunggangi oleh tuan-tuan mereka yang bingung dan gelojoh.

Apa dia politik? Mendidik bukan?