Thursday, January 15, 2009

Bacalah....

Semua alim ulama kena tumpu kepada pembangunan ummah, hindarkan diri dari berpolitik, maksud mencampuri urusan mempengaruhi masyarakat supaya menyokong si polan dan si polan (partai), menentang si polan dan si polan.

Jika alim ulama nak jadi jaguh politik atau sesiapa sahaja berminat nak jadi Ahli DUN, Parlimen atau Perdana Menteri sekalipun, masuklah mana-mana parti politik, buat kerja-kerja politik untuk kebaikan bukan memecahbelahkan perpaduan dan kerukunan hidup bermasyarakat.

Ingat Islam bukan sebuah partai siasah (Politik).

Apa dia politik? Menyatukan umat bukan?

Saya penganut nabi Muhammad, pengikut Al-lul Sunnah Wal-Jamaah dan semua sunnah yang telah diturunkan oleh Allah bernula dari Adam a.s hingga kepada Rasulullah akhir zaman.

Tugas saya ialah berdakwah, menyampaikan kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya aktivis sosial mewakili perlbagai pertubuhan.

Saya benci orang politik yang munafiq, tetapi merasa kasih dan sayang kepada mereka yang ikhlas berjuang kerana Allah.

Fissabilillah adalah pegangan saya. dan Pekembar adalah pertubuhan saya.

Saya menentang kejumudan minda, terutama minda dan sikap masyarakat Melayu yang walau sebenarnya hidup susah dan miskin, hina dan sentiasa tertekan, di tanah air sendiri, masih juga bangga diri dan egois. Mereka berebut-berebut untuk menjahanamkan sesama bangsa sendiri, berpolitik... Maksud disini ialah berebut jawatan,kedudukan dan kuasa.

Apa dia politik? Membangunkan ekonomi bukan?

Kita tidak MEMBANGUN EKONOMI dengan modal sendiri!

Kkerana kita semua adakah KULI?

Berapa ramai dikalangan pembaca mesej ini yang benar-benar berniaga? Menjadi usahawan? Memiliki Kilang dan Bank sendiri? Syarikat Insurans atau Takaful sendiri? Menjadi pemborong, peruncit, pembekal dan pengedar, pengeksport dan pengimport?

Di kalangan keluarga saudara/i siapakah imam? Berapa kali kita berjemaah di rumah? Jauh sekali dari berjemaah di Surau Masjid.

Nabi menggunakan masjid untuk semua urusan pentadbiran, muamalah dan urusan harian penduduk... kita gunakan masjid dan surau untuk mencaci dan menghina sesama bangsa se agama.

Kita nih, benar-benar ke pengikut Nabi Muhammad atau hanya pengikut Mazhab, Guru-Guru atau Hawa Nafsu semata-mata?
Kalau anda pengikut Mahzab dan pengikut guru-guru yang ramai itu, siapakah Guru Kamu? Bila kamu berbai'ah, bila pula kamu masuk Islam? Tolong buktikan! Kepada saya.

Ketahuilah, jangan menjadi keldai-keldai bodoh yang sedang ditunggangi oleh tuan-tuan mereka yang bingung dan gelojoh.

Apa dia politik? Mendidik bukan?

No comments: